Bertanggungjawab



Nilai 2 : BERTANGGUNGJAWAB

Definisi : 

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. 

Kata kunci :
  • Kesanggupan memikul
  • Melaksanakan tugas / kewajipan dengan sempurna

Contoh :

  • Mazlan tidak membahayakan diri dengan berlumba motosikal haram kerana dia faham perbuatan tersebut melambangkan rakyat yang tidak bertanggungjawab.
  • Harry mematuhi undang-undang sekolah dengan berpakaian kemas seperti seorang pelajar yang bertanggungjawab.
  • Koperal Farid daripada pasukan polis tidak pernah menerima rasuah kerana ini merupakan kesalahan dan perbuatan tidak bertanggungjawab bagi seorang anggota polis.
  • Selaku setiausaha Persatuan Alam Sekitar, Mohd Zaki tidak menolak tugas yang diamanahkan oleh gurunya untuk menulis minit mesyuarat.
  • Nik Karim melakukan kerja rumahnya sehingga siap sebelum dia pergi berehat menonton televisyen.




Share:

1 comment :

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes