Harga Diri



HARGA DIRI

Definisi :

Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Kata Kunci :
  • Berupaya,berkeyakinan
  • Memuliakan diri
  • Menjaga maruah diri


Contoh :
  • Kassim mempunyai matlamat hidup dengan berusaha bersungguh-sungguh belajar sehingga ke peringkat universiti.
  • Sarjan Hamid tidak menerima rasuah kerana mengamalkan prinsip hidup yang bebas daripada amalan negatif.
  • Salleh tidak mahu meminta sedekah walaupun dia miskin kerana mempunyai maruah diri bahawa dia masih boleh bekerja.
  • Ganesan mempunyai falsafah hidup untuk membantu orang-orang tua kerana dia berasa orang tua juga perlu ada harga diri dan maruah.
  • Gowri sentiasa melengkapkan dirinya dengan ilmu kerana itu merupakan satu bidang yang penting untuk menjaga kebahagiaan hidupnya.




Share:

Post a Comment

Designed by OddThemes | Distributed by Blogger Themes