TOLERANSI
Definisi :
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan
hidup.
Kata kunci :
- Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri
- Mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
Contoh :
- Encik Latif bertolak ansur dengan jirannya kerana anak jirannya sering meminta pertolongan daripadanya untuk aktiviti berkebun.
- Tina tidak suka persengkataan dalam perbualan harian dengan rakan dengan mengelakkan perbincangan isu-isu sensitif.
- Kamal tidak marah apabila keretanya dilanggar oleh pemandu lain kerana dia tahu kemalangan ialah perkara yang tidak boleh dielakkan dalam kehidupan.
- Aminah tidak bersikap perkauman apabila mencari kawan untuk dibual dan bersukan kerana dia tahu perkauman itu boleh menyebabkan perasaan tidak senang hati.
- Kamsiah mengawal perasaannya apabila dia dituduh oleh rakannya bahawa dia merosakkan pita rakaman guru sejarah walaupun dia tidak melakukannya.
Post a Comment